fbpx

`Kawalan tahap tertinggi tempat awam, lokasi sensitif’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersiap siaga dalam menangani isu keselamatan dan ketenteraman awam yang berlaku di tempat awam termasuk beberapa lokasi sensitif dan premis-premis kerajaan.

Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Seri Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya memandang serius terhadap beberapa insiden serangan dan ancaman yang berlaku dalam negara.

“Insiden yang berlaku di beberapa lokasi seluruh negara ini telah menimbulkan kegusaran kepada masyarakat umum mengenai tahap keselamatan dan ketenteraman negara.

“Sebagai usaha berterusan memastikan keselamatan awam terpelihara, PDRM sentiasa bersiap siaga dan telah memperketatkan kawalan keselamatan pada tahap tertinggi di bangunan kerajaan, tempat tumpuan awam dan fasiliti berkepentingan.

“Ketua Polis Negara telah mengarahkan semua peringkat kepimpinan PDRM serta petugas di lapangan mengambil langkah-langkah komprehensif semasa menjalankan tugas dengan mematuhi pekeliling, prosedur operasi standard (SOP) dan arahan semasa yang telah dikeluarkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat agar terus bekerjasama untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan isu keselamatan negara kepada pihak berkuasa.

“Kita tidak akan bertolak ansur kepada anasir yang cuba mengancam keselamatan dan mengganggu gugat ketenteraman awam.

“Tindakan tegas berlandaskan lunas undang-undang akan diambil tanpa mengira status dan latar belakang mereka yang terlibat.

“PDRM memberi jaminan keselamatan awam negara berada pada tahap selamat” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI