fbpx
Penghidap bipolar sukar berfikir secara rasional sehingga sanggup menghabiskan wang untuk membeli-belah. - GAMBAR HIASAN

Habiskan gaji dalam sehari untuk beli-belah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Menghabiskan wang gaji dengan membeli-belah dan sanggup mencederakan diri antara tindakan yang dilakukan pesakit bipolar sewaktu melalui fasa-fasa manik.

Seorang wanita dikenali sebagai Nana, 34, berkata, ketika me­lalui fasa manik, dia suka menghabiskan wang tanpa tujuan.

“Saya pernah menghabiskan wang gaji ribuan ringgit dalam sehari dengan membeli-belah. Pernah juga saya sedekahkan kepada orang tanpa sebab,” katanya.

sukaSeorang wanita dikenali sebagai Syuhada, 38, berkata, dia menghidap bipolar ‘type 1’ sejak empat tahun lalu sehingga rumah tangganya runtuh selepas suaminya tidak ambil peduli.

Katanya, dia berkahwin kira-kira tujuh tahun lalu, namun masih tidak dikurniakan anak.

“Hampir setiap hari, saya bergaduh dengan suami, dia pula jenis tidak ambil peduli. Saya pernah acu pisau pada leher saya, tetapi suami tetap tidak peduli, dia kata saya gila,” ujarnya.

Tambahnya, dia telah beberapa kali dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut, namun sepanjang berada di situ, suaminya tidak pernah melawat sehinggalah mereka bercerai.

Sementara itu, seorang wa­nita dikenali sebagai Zaharah, 29, berkata, dia pernah bercinta dengan penghidap bipolar selama dua tahun.
“Bekas teman lelaki saya ba­nyak melakukan perkara di luar jangkaan, antaranya pinjam duit di platform e-dagang RM2,500 dan belanjakan semuanya dalam masa satu hari,” ujarnya.

Katanya, semuanya terbongkar setelah teman lelaki me­minta wang daripadanya sebanyak RM400 sebulan untuk membayar hutang.

“Dia juga banyak kali mengugut untuk membunuh diri termasuk terjun dalam sungai apabila saya mahu memutuskan hubungan.

“Mujurlah dia alami kece­deraan ringan sahaja, tetapi saya benar-benar terkejut kerana dia sanggup buat perkara begitu ke­rana tidak mahu berpisah de­ngan saya,” katanya.

Ujarnya, dia terpaksa memutuskan hubungan bukan kerana enggan memahami situasi dihadapi teman lelakinya, tetapi ke­rana bimbang keselamatan diri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN