fbpx
Gambar hiasan

Beli baru raya lebih awal, takut tiada saiz dan warna pilihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Orang ramai didapati telah mula sibuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri khususnya semasa cuti sekolah dan hujung minggu.

Tinjauan Kosmo! di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), di sini mendapati, premis di lokasi tumpuan itu mula dipenuhi orang ramai sejak pukul 10 pagi.

Rata-rata orang ramai tidak kira berstatus bujang mahupun berkeluarga mula ‘merisik’ pa­kaian dan busana hari raya nanti.

Penyelia First Lady, Rohani Ab. Rashid, 44, berkata, sebilangan pembeli juga sudah mula membuat persiapan raya lebih awal iaitu sejak Januari lagi.

“Orang ramai saya lihat sudah mula beli pakaian raya sejak dua bulan lalu lagi. Memang kebanyakan beli awal tahun ini.

“Rekaan ‘hot’ yang kerap dicari oleh pelanggan di kedai ini seperti baju kurung moden, kebaya, set pario dengan harga baju paling mahal adalah RM189. Kalau baju perempuan, mereka pilih yang corak-corak minimalis dan lebih kepada warna pastel,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Sementara itu, suri rumah, Nurzila Anuar, 38, memberitahu, dia dan keluarga berhabis lebih RM1,500 untuk satu set pakaian serta barangan raya lain.

“Tahun ni memang beli awal sekali dengan kelengkapan dua anak yang bersekolah. Beli awal sebab senang cari saiz dan harga pun lebih murah sebelum masuk puasa nanti.

“Saya berbelanja untuk tiga orang anak, akan habis RM250 seorang. Macam tiada beza de­ngan tahun sebelum ini sebab harga pakaian tetap mahal.

“Untuk tahun ini kami sekeluarga pilih warna ‘nude’. Rekaan baju saya dan dua anak perem­puan adalah kebaya moden biasa sementara suami dan anak lelaki baju Melayu,” katanya.

ROHANI (dua dari kiri) melayan pelanggan yang hadir ke premis First Lady di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur baru-baru ini. – MOHD. FIRDAUS MOHD. JOHARI

Tukang jahit, Halijah Hashim, 62, berkata, dia bersama keluarga datang ke Jalan TAR untuk mencari kain pasang berwarna ‘sky blue’ kerana tema itu dipilih anak lelaki yang berusia 14 tahun.

“Setiap tahun keluarga saya fokus berbelanja untuk kain pasang sahaja dan tidak begitu menekankan perbelanjaan untuk menghias rumah. Kebiasaannya, setiap tahun kami membelanjakan antara RM600 ke RM700 untuk kain dan ia bergantung kepada jenis kain yang dibeli pula.

“Baju suami dan anak-anak memang saya akan jahit sendiri jadi jimatlah. Baju yang sudah siap sekarang pun dah mahal, harga sampai ratusan ringgit,” katanya.

Mengulas mengenai warna serta rekaan baju tahun ini, katanya, pelanggannya ramai membeli warna merah bata, hijau pudina dan biru muda.

“Pelanggan lelaki macam bia­sa akan tempah baju Melayu, manakala pelanggan wanita tahun ini, mereka banyak me­nempah baju kebaya, kaftan dan kebaya moden.

“Upah jahit bergantung kepada jenis fabrik serta jenis rekaan baju. Upah paling asas adalah RM85 untuk baju biasa,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN