fbpx

Bakal juara? Amir Jahari buat ramai menangis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERSEMBAHAN Amir Jahari menerusi lagu Hasrat menyentuh hati penonton AJL38.

KUALA LUMPUR – Penuh penghayatan, penyanyi Amir Jahari berjaya memukau penonton di Axiata Arena, Bukit Jalil menerusi persembahan lagu Hasrat sehingga ramai menitiskan air mata malam ini.

Meski tampak ringkas, Amir  turut meraih ‘standing ovation’ daripada penonton yang terpukau dengan nyanyiannya.

Bukan itu sahaja, dua pelakon filem Imaginur iaitu Beto Kusyairy dan Diana Danielle turut membuat kejutan sebagai cameo pada penghujung persembahan.

Menjengah dalam media sosial, ada yang berpendapat Hasrat merupakan antara pilihan teratas yang layak diangkat sebagai juara AJL malam ini selain Sutera nyanyian Aisha Retno.

“Menangis dengar Hasrat malam ini. Sangat menyentuh emosi!

“Semoga Amir jadi juara tahun ini. Hasrat memang ada harapan besar,” komen netizen.

Selain Hasrat, 11 lagu lain yang turut bertanding AJL38 hari ini ialah Sutera (Aisha Retno), Jangan Mati Rasa Itu (Aina Abdul), Santai (Naqiu), Inilah Jalannya (Masdo), Astana (Ernie Zakri), Darah (Marsha Milan) dan Kalam (Shiha Zikir).

Lima lagu lagi ialah Ku Cuma (Wany Hasrita & Afieq Syazwan), Bintang (Hael Husaini), Waktu (Ziana Zain & Hasif Upin) dan Selagi Ku Ada (Khai Bahar & Nabila Razali). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI