fbpx

Aina Abdul, Nadeera Zaini bergaduh pula?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NADEETA dan sahabat lamanya, AIna dikatakan bermasam muka disebabkan lagu Emas.

DISEBABKAN lagu Emas nyanyian Nadeera Zaini, khabarnya penyanyi itu kini bermasam muka dengan sahabat yang pernah menjadi teman serumahnya, siapa lagi kalau bukan Aina Abdul.

Menurut sumber daripada seorang kenalan Diva, Aina dapat tahu bahawa lagu Emas nyanyian Nadeera sepatutnya menjadi miliknya.

Malah, kalau ikutkan sumber yang memberitahu Diva, lagu Emas ciptaan Omar K, Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh serta Alyah pada awalnya turut mendapat sentuhan daripada Aina.

Namun, ketika lagu tersebut hendak diberikan kepada Nadeera, sentuhan oleh Aina telah digugurkan dan diganti dengan individu lain.

Diva pun tidak pasti siapa komposer dan penulis lirik yang dimaksudkan itu. Namun, apa yang pasti perkara itu telah sampai ke pengetahuan Aina sehingga menyebabkan kedua-dua penyanyi itu kini bermasam muka.

Sebelum ini, memang sudah timbul isu kedua-dua mereka saling tidak bertegur sapa selepas pengurus kepada Aina iaitu Zizi memilih untuk bersama Nadeera.

Tapi tidak berapa lama kemudian, sekarang Zizi dikhabarkan sudah pun kembali menguruskan kerjaya seni Aina. Diva pun pening sekarang apa isu antara kedua-dua penyanyi itu.

Harap-harap janganlah berpanjangan, sebab masing-masing pernah menjadi sahabat baik. Malah pernah tinggal serumah. Rasa tak seronok bila sesama artis bergaduh.

Industri kita ini tak besar mana. Pusing-pusing pun jumpa muka yang sama. Janganlah bermasam muka sesama sendiri macam sesetengah artis.

DIVA: Tak tahan tengok pelakon Aidil Aziz yang juga suami kepada Fasha Sandha belanja ‘sixpacks’. Geram!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI