fbpx

Lelaki ditahan bersama 102 kg daun ketum, syabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki ditahan bersama 8 guni daun ketum dalam operasi Bersepadu Sekatan Jalan Raya (SJR) di Jalan Tenom-Keningau semalam. - Foto Ihsan Polis

TENOM – Seorang lelaki ditahan bersama 102.7 kilogram (kg) daun ketum dalam operasi Bersepadu Sekatan Jalan Raya (SJR) di Jalan Tenom-Keningau semalam.

Dalam penahan sekitar pukul 11 pagi itu, polis turut merampas dadah jenis syabu dibawa di dalam kenderaan suspek berusia 41 tahun berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tenom, Deputi Superitenden Polis Hasan Majid berkata, kejadian disedari apabila polis menahan sebuah kenderaan yang dinaiki suspek warga tempatan terbabit.

“Pemeriksaan lanjut terhadap kenderaan itu menemukan lapan guni berisi daun yang disyaki daun ketum. Turut ditemui bersama individu terbabit iaitu sejumlah dadah jenis syabu serta peralatan yang disyaki digunakan sebagai alat untuk menghisap dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, semua rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI