MELIPUTI masakan tradisi cita rasa Malaysia dan gabungan menu kontemporari, pastinya para pelanggan yang menempah bufet Ramadan tahun ini di Royale Chulan Seremban, Negeri Sembilan tidak akan kecewa.
Meneruskan tradisi tahunan, ‘Warnarasa’ menjadi tema bagi hidangan berbuka puasa di hotel ini tahun ini dengan hampir 150 menu menyelerakan ditawarkan untuk memenuhi cita rasa pelanggan sekeluarga.
Ditambah pula, hidangan istimewa asam pedas ekor membuatkan selera anda pasti ‘bergelora’ di samping menu pilihan sepanjang zaman, masak lemak daging salai hasil sentuhan Eksekutif Chef, Suresh Mathavan bersama Sous Chef, Chef Azreen Shah Ab. Rahman.
Pengurus Besar, Abdul Rahman Ahmad berkata, tema ‘Warnarasa’ terinspirasi daripada keunikan budaya dan masakan ikonik Malaysia.
“Setiap minggu, hidangan yang ditampilkan berbeza-beza.
“Dengan kepelbagaian menu ini, dijangka kami dapat melayani lebih 400 pengunjung setiap hari,” katanya.

Sementara itu, Chef Azreen Shah berkata, kelainan bagi tahun ini adalah lebih banyak masakan kampung dan kepelbagaian pencuci mulut.
“Selain itu, pada tahun ini kami bawakan hidangan istimewa bagi peminat asam pedas iaitu asam pedas ekor dan pastinya akan membuka selera anda. Hidangan ini hanya boleh dirasai di Royale Chulan Seremban.
“Jadi, kepada pengunjung jangan lepaskan peluang merasai sendiri hidangan berbuka puasa yang dijamin tidak akan mengecewakan,” katanya.
Menu lain antaranya rendang pucuk ubi, kerabu pegaga, sambal tempoyak, bubur lambuk, tom yam, daging salai lemak mangga muda, ayam percik, udang goreng kunyit, ayam beriani, ketam masak lemak nanas dan kuih-muih.

Selain itu, turut disediakan 11 gerai makanan yang menyajikan martabak, pasembor, pisang goreng, nasi beriani, dim sum, apam balik dan lain-lain.
Sudah semestinya, tidak ketinggalan stesen barbeku yang menyajikan kambing panggang, sotong, sate dan ikan panggang.
Harga pakej Ramadan ditawarkan pada harga RM120 (bersih) seorang untuk dewasa dan RM78 untuk kanak-kanak serta warga emas.
Kelebihan bagi pembeli awal bufet Ramadan ini sebelum 10 Mac apabila ditawarkan baucar early birds RM100 (diskaun daripada harga asal dewasa).
Warnarasa Bufet Ramadan
Royale Chulan Seremban
Tarikh: 12 Mac hingga 9 April 2024
Harga: RM120 untuk dewasa dan RM78 untuk kanak-kanak serta warga emas
Waktu Operasi: 6 pm- 11 pm
Menu-menu: Asam pedas ekor, masak lemak daging salai, rendang pucuk ubi, kerabu pegaga, kambing panggang dan lain-lain