fbpx

Aina Abdul, Ernie Zakri memang buat hal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AINA dan Ernie kelihatan sangat serasi ketika menyanyikan lagu Kau Kekasihku.

DUA vokal hebat bergabung, memang terus meledak.

Itu yang berlaku apabila Aina Abdul dan Ernie Zakri berduet mendendangkan lagu Kau Kekasihku nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam pada sebuah program hiburan baru-baru ini.

Keharmonian nyanyian mereka memang tiada tandingan dan suara sebati bersama. Kedua-duanya memiliki kekuatan vokal sendiri.

Rata-rata menyifatkan gandingan dua penyanyi itu seperti mengimbau semula zaman kegemilangan Siti Nurhaliza dan Ziana Zain suatu ketika dahulu.

“Bukan pengganti Siti atau Ziana tetapi mereka memang antara yang terhebat pada zaman sekarang.

“Vokal Ernie merdu dengan kelembutan, Aina pula memang hebat. Gabungan yang mantap!” komen netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI