fbpx

‘Ibu ayam’, dua pelacur disambung reman lima hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara suspek yang ditahan dalam operasi di Banting, Kuala Langat.

KUALA LANGAT – Polis mendapat lanjutan reman selama lima hari terhadap seorang wanita yang berperanan sebagai ‘ibu ayam’ dan dua pelacur wanita warga Indonesia.

Kedua-dua mereka berusia 45 hingga 57 tahun sebelum ini telah direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes pelacuran di sebuah lot kedai di Banting.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor berkata, perintah lanjutan tersebut selepas tempoh reman mereka berakhir pada semalam.

“Sebelum ini, ketiga-tiga wanita ini telah direman tujuh hari sehingga semalam (Khamis) sebelum reman dilanjutkan lima hari untuk siasatan lanjut.

“Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang diselamatkan selepas disyaki dipaksa untuk melacur turut berada di bawah perlindungan dan pemantauan polis,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, sumber memaklumkan kanak-kanak perempuan tersebut sebelum ini telah ditinggalkan ibu bapa mereka kepada ibu ayam itu.

“Kanak-kanak perempuan itu telah ‘dibuang’ dan dijaga wanita tersebut yang akhirnya mengambil kesempatan melacurkan kanak-kanak perempuan tersebut,” jelasnya.

Kosmo! pada 23 Februari lalu, melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang dieksploitasi dipercayai menjadi hamba seks sejak dua bulan lalu berjaya diselamatkan dalam serbuan di sebuah lot kedai di Banting.

Serbuan pukul 3.30 petang itu turut menyelamatkan seorang wanita bersama bayinya selain seorang lagi kanak-kanak lelaki yang kesemuanya berusia 11 bulan hingga 25 tahun.

Modus operandi rumah pelacuran itu adalah menyediakan empat bilik dengan menggunakan tirai langsir dan menyasarkan pelanggan dalam kalangan warga asing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI