fbpx

Cuti bukan hak pekerja, hanya satu kemudahan – JPA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – “Cuti bukan hak”.

Demikian pesanan ringkas yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di laman rasminya kelmarin berkaitan peruntukan cuti kepada kakitangannya.

Katanya, pemberian cuti hanyalah satu keistimewaan atau kemudahan yang diberikan kerajaan kepada penjawat awam.

“Ramai yang mempunyai persepsi yang salah tentang cuti. Mereka beranggapan cuti ini merupakan hak mereka. Tidak, cuti bukan hak kita.

“Cuti adalah satu keistimewaan atau kemudahan yang diberikan oleh kerajaan kepada anggota perkhidmatan awam.

“Jadi, rujuklah pekeliling Perintah Am 7 hingga 11 Bab C (Cuti) dan MyPPSM SR.5.1.1 untuk mengetahui lebih lanjut tentang cuti rehat tahunan,” katanya.

Dalam pada itu, perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

Ada yang bersetuju, dan ramai juga mempersoalkan tujuan hantaran tersebut dimuat naik.

“Macam kurang sesuai kenyataan tersebut. Bagi aku apabila pihak majikan dah sediakan cuti untuk pekerja, maka ia adalah hak pekerja untuk menggunakan cuti tersebut tanpa halangan dan bantahan selagi ia tidak melebihi tempoh cuti yang disediakan.

“Pekerja perlukan peluang untuk berehat dan pulih. Mereka ada hak untuk cuti bagi meluangkan masa dengan keluarga atau melakukan aktiviti peribadi,” itu antara reaksi balas orang ramai di ruangan komen hantaran terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI