fbpx

Buru ‘gergasi’, ‘naga’ culas bayar cukai – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

CYBERJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta agar Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) lebih tegas dalam mengutip hasil cukai tanpa mengira kedudukan syarikat mahupun individu.

Perdana Menteri berkata, ia berikutan terdapat syarikat ‘gergasi’ mahupun ‘naga’ di negara ini masih culas membuat pembayaran cukai kepada kerajaan.

“Ada keperluan untuk kita (LHDN) lebih tegas, kerana kita tidak boleh beri gambaran yang paling atas ‘maha kaya’ itu terselamat daripada tindakan. Mesti ada semangat dan kesungguhan LHDN, tidak kira kedudukannya.

“Saya selalu sebut, saudara (kakitangan LHDN) bertugas jalankan tanggungjawab…apakah dia Ahmad atau Ah Seng atau Tan Sri atau Tun saya tak kira.

“Saudara hanya kena kira dia bayar cukai atau tidak, kalau tidak bayar geledah dan ambil tindakan, barulah hebat,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Hasil 2024 di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI