fbpx

5,084 ular ditangkap pada penghujung musim tengkujuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian ular yang berjaya ditangkap anggota bomba di Kuala Terengganu baru-baru ini.

KUALA TERENGGANU – Kombinasi cuaca lembap dan panas dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini menyebabkan 5,094 kes ular memasuki kawasan penempatan dilaporkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di seluruh negara setakat ini.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, anggota agensi itu berjaya menangkap 2,797 ekor ular pada bulan Januari manakala yang 2,297 ekor pula pada bulan lalu.

“Kebanyakan ular yang berjaya ditangkap daripada spesies tedung, senduk dan sawa.

“Haiwan reptilia terbabit dilaporkan memasuki kediaman, kebun atau kandang binatang ternakan milik penduduk,” katanya di sini hari ini.

Nor Hisham berkata, peningkatan kes ular terbabit kerana haiwan reptilia berkenaan keluar mencari kawasan perlindungan dan makanan baharu ekoran cuaca lembap dan panas pada penghujung musim tengkujuh.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai segera memaklumkan penemuan ular kepada JBPM untuk tindakan segera.

“Sebaiknya jangan bertindak sendiri menangkap ular terbabit kerana dikhuatiri boleh mengancam keselamatan.

“Cuaca panas sekarang ekoran taburan hujan yang kurang disebabkan peralihan Monsun Barat Daya boleh menyebabkan ular keluar dari habitat asal untuk mencari perlindungan baharu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI