fbpx

40,000 individu kemas kini maklumat Padu dalam tempoh 24 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kira-kira 40,000 individu tambahan selesai mengemas kini maklumat mereka dalam sistem Pangkalan Data Utama (Padu) semalam.

Jumlah tersebut direkodkan dalam tempoh 24 jam iaitu data terkini menunjukkan seramai 3.93 juta rakyat Malaysia selesai menjalankan tanggungjawab mereka.

“Sehingga 29 Februari 2024 jam 11.59 malam, jumlah rekod pengemaskinian maklumat individu adalah seramai 3.93 juta orang daripada 30.08 juta rekod individu dalam sistem Padu berdasarkan sumber data pentadbiran.

“Terima kasih diucapkan kepada rakyat Malaysia yang telah mengemas kini maklumat dalam sistem Padu,” lapor PADU Official di laman Facebooknya hari ini.

Data terkini jumlah individu selesai mengemas kini maklumat di Padu

Dalam pada itu, negeri Selangor, Sarawak dan Johor kekal menduduki tiga carta teratas kemas kini maklumat Padu dengan masing-masing merekodkan jumlah seramai 0.59 juta individu, (0.52 juta) dan (0.38 juta). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI