fbpx

Tiada pegawai SPRM hubungi Wan Saiful

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azam.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menafikan dakwaan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan yang mengatakan beliau telah dihubungi oleh wakil agensi berkenaan susulan pendedahannya berkaitan isu rasuah di Parlimen semalam.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, selepas membuat semakan, beliau mengesahkan tiada mana-mana pegawainya terlibat dalam dakwaan terbabit.

“Saya telah menyemak dengan pegawai saya, tidak ada pegawai saya yang menghubungi beliau (Wan Saiful). Mungkin sesiapa pun boleh menguhubungi beliau mengatakan dari SPRM,” katanya kepada pemberita selepas Sidang Kemuncak Anti-Rasuah Kebangsaan (NAC Summit) 2024 di sini, hari ini.

Terdahulu, Wan Saiful memaklumkan sudah dihubungi SPRM kurang sejam selepas pendedahannya berhubung tawaran habuan peruntukan kepada wakil rakyat bernilai RM1.7 juta serta pengguguran pertuduhan kes di mahkamah sebagai balasan sekiranya beliau menyokong kepimpinan Anwar.

Tegas Azam, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU itu perlulah tampil ke pejabat SPRM atau mana-mana balai polis berdekatan untuk membuat laporan berkaitan isu yang dibangkitkan beliau.

“Yang paling penting di sini ialah Wan Saiful Wan Jan seharusnya atau sepatutnya datang ke SPRM buat laporan kerana apabila seseorang itu ditawarkan atau dikatakan suapan atau rasuah perlu datang ke mana-mana balai polis terdekat, ataupun kepada SPRM untuk membuat aduan atau laporan.

“Dalam hal ini adalah lebih molek (baik) beliau (Wan Saiful) datang (ke SPRM) kerana beliau telah menyebutnya di Parlimen. Ini bukan satu bentuk spekulasi, jadi menjadi tanggungjawab beliau sebagai salah seorang pembuat undang-undang dalam negara ini tampil ke hadapan.

“Kami nak tahu juga butir-butir lanjut yang disebutkan melalui perbualan telefon bersama seseorang itu. Itu penting kerana tugas kami untuk menyiasat secara tulus,” tegasnya.

Tambah Azam, pihaknya akan sentiasa menjalankan siasatan secara tulus terhadap isu berkait rasuah termasuklah melibatkan anggota pentadbiran Kerajaan Perpaduan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI