fbpx

Pegawai APMM mengaku tidak bersalah terima rasuah daripada tauke bot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Fazli dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Setar, hari ini atas 12 pertuduhan rasuah yang didakwa dilakukannya enam tahun lalu.

ALOR SETAR – Seorang pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 12 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM3,900 daripada tauke bot, enam tahun lepas.

Tertuduh, Mohd. Fazli Azizan, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim N. Priscilla Hemamalini.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Fazli yang berpangkat Laskar Kanan Maritim itu didakwa menerima wang RM100 hingga RM600 daripada Tan Kok Seng melalui 12 transaksi berasingan di sebuah bank, di sini.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 5 Julai hingga 2 Disember 2018 di lokasi sama.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Muhamad Taufik Awaludin dan Mohd. Syahzada Sanusi mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI