fbpx

MYAirline sedang berbincang dengan pelabur baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Syarikat penerbangan tambang rendah, MYAirline Sdn. Bhd. (MYAirline) memaklumkan pihaknya masih berbincang dengan pelabur baharu selepas penamatan secara tiba-tiba oleh pelabur dari Timur Tengah.

Dalam sebuah kenyataan, MYAirline berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan bakal mengambil tindakan undang-undang susulan penamatan itu.

“Ada pelabur berpotensi lain menyatakan minat untuk menghidupkan semula MYAirline.

“Buat masa sekarang, kami sedang berhubung dengan semua pengawal selia penerbangan.

“Kami komited untuk memenuhi sebarang syarat serta keperluan yang dimandatkan oleh pengawal selia penerbangan untuk mendapatkan semula lesen dan meneruskan operasi,” katanya.

Pada 12 Oktober lalu, MYAirline mengumumkan penggantungan operasinya sehingga diberitahu kelak.

Menurutnya, tekanan kewangan yang ketara yang menyebabkan operasi perlu digantung sementara menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan permodalan semula syarikat.

Dalam satu kenyataan daripada Lembaga Pengarah, MYAirline berkata, pihaknya amat kesal dan memohon maaf kerana terpaksa membuat keputusan berkenaan kerana pihaknya memahami kesannya terhadap penumpang setia, pekerja yang berdedikasi dan rakan kongsi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI