fbpx

Jadikan kejayaan hoki 5s sebagai contoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUBAHAN berbangga kerana kejayaan muncul naib juara Piala Dunia Hoki 5s 2024 mengangkat nama Malaysia di persada antarabangsa. – MHC

KONFEDERASI Hoki Malaysia (MHC) menganggap kejayaan skuad hoki lima sebelah (5s) muncul naib juara Piala Dunia Hoki 5s 2024 di Muscat, Oman pada Januari lalu wajar dijadikan sebagai contoh buat pasukan-­pasukan hoki kebangsaan lain.

Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal menyifatkan kejayaan diraih skuad kendalian Wallace Tan itu merupakan detik bersejarah buat sukan hoki negara, lebih-lebih lagi ia adalah piala dunia sulung buat hoki 5s.

“Kerja keras serta usaha anda selama ini berjaya menaikkan status Malaysia sebagai negara sukan yang meningkat naik. Kejayaan menjadi naib juara boleh menjadi contoh terbaik buat pasukan hoki kebangsaan yang lain.

“Kejayaan ini adalah hasil kerja keras pengerusi jawatankuasa hoki 5s, Hasnizam Hassan yang meyakinkan MHC bahawa acara ini boleh membuahkan hasil dan ia sudah terbukti,” katanya.

Pada aksi final di Stadium Hoki Oman, 31 Januari lalu, hasrat Malaysia untuk menjadi juara sulung Piala Dunia Hoki 5s tidak tertunai apabila tewas 2-5 kepada jaguh hoki dunia, Belanda.

Meskipun gagal membawa pulang trofi kejuaraan, namun kekecewaan itu terubat apabila kap­ten hoki 5s negara, Akhimullah Anuar Esook dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan.

Subahan turut memuji kegigihan skuad hoki 5s wanita meskipun menamatkan saingan di kedudukan keenam selepas tewas 4-8 kepada Uruguay.

“Satu pencapaian yang baik kerana bukan mudah berdepan lawan sukar, namun anda semua sudah memberikan segala-gala­nya,” ujar beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI