fbpx

[VIDEO] Hun Haqeem buka mulut isu langgar kontrak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Hun Haqeem mempersoalkan tindakan penerbit David Teo menghebahkan isu pelanggaran kontrak yang berlaku pada tahun 2020 itu kepada umum, baru-baru ini. Foto SADDAM YUSOFF

PETALING JAYA – Pelakon Hun Haqeem terkejut apabila bekas pihak pengurusannya, syarikat Metrowealth International Group (MIG) dan penerbit, David Teo yang menuntut lebih RM600,000 sebagai ganti rugi berikutan tindakannya menamatkan kontrak lebih awal didedahkan kepada umum baru-baru ini.

Hun atau nama penuhnya Haqeem Hermy 26, berkata, pendedahan pihak MIG sebelum ini dilihat kontrak dengan pendiriannya yang memilih untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan turut mempersoalkan mengapa isu tersebut perlu dihebahkan kepada umum.

“Saya terkejut juga kerana kes ini dah berjalan sejak 2020 tetapi baru sekarang pihak sana dedahkan.

“Semasa perbicaraan pertama, keputusan memihak kepada saya tetapi tidak pun buat sebarang kenyataan sebab semuanya akan berbalik kepada matlamat saya agar tidak merosakkan nama baik industri,” katanya kepada Kosmo! Online selepas sidang akhbar program Ramadan Astro di sini, hari ini.

Meskipun perbicaraan mahkamah masih berjalan, pelakon drama Kampung People itu terbuka untuk berbaik dan menyelesaikan perkara itu secara profesional dengan pihak MIG termasuk Pengarah Urusannya, David Teo.

“Kalau jumpa di mahkamah pun, saya salam sahaja David apabila bertemu. Saya pun tak mahu cakap benda negatif mengenai hal orang lain atau mengelak buat perkara tak baik kepada individu lain kerana kita akan berjumpa semula.

“Kita semua mesti nak selesaikan benda ini dengan baik. Apa sahaja perintah mahkamah, saya turutkan.

“Saya tak pernah mengelak dan harap kes ini selesai dengan cara sedamai yang boleh,” katanya lagi.

Tambahnya, dia juga enggan memanjangkan perkara ini kerana enggan menjejaskan kesihatan mentalnya.

“Sebelum ini, saya pernah kongsi mengenai kesihatan mental yang terganggu. Sewaktu itu Perintah Kawalan Pergerakan (PK) dan kita tak boleh buat apa-apa serta pada masa sama, dapat saman pula.

“Sedikit sebanyak memang rasa terkilan sebab saya cuma nak mengharumkan nama industri sebab ada banyak potensi.

“Namun, pada hujungnya, kita menikam sesama sendiri sedangkan boleh bantu menaikkan satu sama lain,” ujarnya.

Minggu lalu, David mendedahkan mahkamah sudah memutuskan supaya Hun membayar ganti rugi sebanyak RM613,950 kepada syarikat milik David, Metrowealth atas kes perlanggaran kontrak.

David turut memaklumkan bahawa Hun sudah menjelaskan bayaran separuh daripada jumlah RM30,240.

Sebelum ini timbul khabar angin mengatakan Hun sudah angkat kaki dari MIG sejak Januari 2021 dan menguruskan diri tanpa bergantung pada mana-mana syarikat. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI