fbpx

Cadang tubuh Perbadanan Tanah Bumiputera, kekal pemilikan tanah Bumiputera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika berucap pada perasmian Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 di sini, hari ini. Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan penubuhan Perbadanan Tanah Bumiputera dalam mengekalkan pemilikan tanah Bumiputera menjadi asas kepada kestabilan ekonomi dan pemeliharaan identiti kebangsaan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perbadanan itu bertanggungjawab untuk merangka mekanisme bagi membolehkan pemilikan tanah Bumiputera ditingkatkan serta dimanfaatkan di masa akan datang.

“Adalah disyorkan, semua tanah-tanah berstatus pajakan melebihi 50 ekar bagi kawasan pertanian ataupun plot-plot industri yang melebihi 20 ekar, apabila sampai tempoh tamat pajakan dan dipohon untuk penyambungan, 20 peratus daripada tanah berkenaan hendaklah diserahkan semula kepada kerajaan dan diurus tadbir melalui perbadanan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) di sini, hari ini.

Kata Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, penubuhan perbadanan itu juga merupakan sebagai langkah proaktif bagi menjamin keseimbangan demografi kaum, mewujudkan kelangsungan kawasan usaha Bumiputera bagi tujuan pertanian, perindustrian dan penempatan baharu serta usaha tambahan mengekalkan pemilikan Bumiputera.

“Langkah ini saya percaya dapat memberi pulangan dan peluang yang lebih besar kepada Bumiputera untuk memiliki sebahagian daripada aset tanah negara,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI