fbpx

Barang keperluan 30 peratus lebih murah di FAMA Fest 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARTHUR (tengah) pada Majlis Perasmian FAMA Fest 2024 @ Perak di Pusat Transformasi Bandar (RTC) Gopeng hari ini.

GOPENG – Program tahunan FAMA Fest 2024 yang dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menawarkan pelbagai produk makanan termasuk ayam, daging dan ikan dengan kadar harga 30 peratus lebih murah berbanding harga pasaran.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, pengurangan harga itu dapat membantu kos sara hidup golongan B40 dan M40 tanpa menjejaskan pendapatan usahawan.

“Pada tahun ini, FAMA Fest @ Perak 2024 di RTC Gopeng merupakan kick-off sebelum diteruskan di Sarawak, Pahang, Kelantan, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah.

“Melihat pada sambutan sepanjang penganjuran FAMA Fest sebelum ini, sasaran nilai jualan keseluruhan di lapan negeri itu kali ini sebanyak RM7.3 juta yang penglibatan 580 usahawan.

“Dijangka 500,000 pengunjung akan menghadiri FAMA Fest 2024 pada tahun ini,” katanya selepas merasmikan FAMA Fest @ Perak 2024 di Pusat Transformasi Bandar (RTC) Gopeng di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Arthur menyasarkan sekitar 110,000 pengunjung akan menghadiri FAMA Fest @ Perak 2024 dengan sasaran jualan RM2 juta.

“Festival kali ini melibatkan 210 tapak jualan yang melibatkan 131 usahawan negeri ini.

“Pengguna juga boleh mendapatkan barangan keperluan isi rumah seperti 9,000 beras putih tempatan (BPT), 12,000 biji telur ayam, sayur-sayuran, buah-buahan dan Kombo Madani yang ditawarkan 30 peratus lebih murah berbanding harga pasaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI