fbpx

Anggota Kabinet terbabit rasuah wajib digugurkan, baru negara selamat – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika berucap pada Sidang Kemuncak Anti-Rasuah Kebangsaan (NAC Summit) 2024 di Kuala Lumpur, hari ini. Foto MUHAMAD IQBAL ROSLI/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan mana-mana anggota Kabinet di bawah pimpinannya yang didapati terbabit salah laku rasuah, wajib digugurkan daripada jawatan masing-masing.

Menurut beliau, tindakan itu adalah bertujuan untuk menyelamatkan dan menjaga imej negara daripada gejala rasuah.

Dalam pada itu, Anwar turut mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan sewajarnya terhadap menteri yang terlibat dengan salah laku.

“Sudah setahun lebih kita memerintah, banyak diserang, tetapi saya tanya di Parlimen dan di luar Parlimen beri satu bukti menteri, perdana menteri kalau mereka terlibat rasuah. Kalau ada, kita siasat, dakwa dan hukum.

“Namun tidak ada, dan (selepas) setahun tiga bulan saya ‘tabik’ (hormat) dengan rakan-rakan, kita boleh beri imej rakan kepimpinan yang bersih daripada rasuah.

“Kalau ada (menteri terlibat rasuah), jangan tanya saya. (SPRM) persilakan ambil tindakan dan orang berkenaan wajib digugurkan, baru negara selamat,” katanya ketika berucap pada Sidang Kemuncak Anti-Rasuah Kebangsaan (NAC Summit) 2024 di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI