fbpx

Enam lagi ditahan disyaki menyamar polis untuk samun warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barangan yang dirampas pihak polis berkait kes samun warga asing di Jalan Pandan Indah, Ampang, 22 Februari lalu.

AMPANG JAYA – Enam lagi individu termasuk dua wanita warga tempatan ditahan bagi membantu siasatan kes samun warga asing dengan menyamar sebagai polis dalam kejadian di Pandan Indah, di sini, 22 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, kesemua individu berusia 36 tahun hingga 50 tahun ditahan di sekitar Kuala Lumpur, bermula kelmarin sehingga semalam.

“Tangkapan susulan membabitkan dua lelaki tempatan, dua wanita tempatan dan dua wanita warga asing.

“Turut dirampas enam telefon bimbit, satu rantai leher, dua cincin warna kekuningan disyaki barang samun untuk siasatan.

“Modus operandi kesemua suspek adalah menyamar sebagai polis dengan menggunakan senjata dan menyasarkan rumah warga asing berpenghuni bagi melakukan samun berkumpulan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

24 Februari lalu, Kosmo! melaporkan empat lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dengan kes samun dan menyamar sebagai polis.

Pihak polis menerima laporan daripada seorang lelaki warga Bangladesh yang memaklumkan telah disamun enam lelaki tidak dikenali memakai vest tertera nama ‘Polis’.

Suspek dikatakan membawa senjata seperti gunting besar dan tukul selain memaklumkan mahu membuat operasi.

Pengadu serta tujuh mangsa yang lain warga asing telah diminta duduk di ruang tamu rumah dan dijaga oleh dua orang suspek.

Suspek lain kemudian telah menyelongkar setiap bilik di rumah tersebut dan mengambil wang tunai, barang kemas, telefon bimbit dan dokumen peribadi milik pengadu dan rakan-rakannya.

Susulan itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis (IPD) Ampang Jaya telah menahan empat lelaki warga tempatan berusia 30 tahun hingga 44 tahun di sekitar kawasan Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut, Mohd Azam memaklumkan, semakan lanjut mendapati empat daripada enam ditahan merupakan mempunyai enam hingga 16 rekod jenayah lampau termasuk seorang dikehendaki kesalahan jenayah.

Tambah beliau, kesemua mereka positif methamphetamine dan amphetamine.

“Keenam-enam suspek dibawa ke Mahkamah Ampang dan dibenarkan tahanan reman selama tujuh hari bermula semalam sehingga 4 Mac nanti.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan merujuk kepada perbuatan rompakan berkumpulan bersenjata serta cuba menyebabkan kematian atau cedera parah dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan merujuk kepada menyamar penjawat awam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI