fbpx

Buruh ladang direman kes bunuh dalam kedai kopi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KULIM – Seorang buruh ladang  yang disyaki terlibat dalam kes menyerang seorang pemandu lori sehingga maut di sebuah kedai kopi  di Taman Damai, Padang Serai, di sini Ahad lalu direman selama tujuh hari.

Perintah reman ke atas suspek berusia  31 tahun yang bermula hari ini dibenarkan Hakim Mahkamah Sesyen, Mirza Mohamad.

Siasatan ke atas suspek dilakukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh.

Terdahulu, suspek tiba di Kompleks Mahkamah Kulim kira-kira pukul 8.30 pagi dengan berpakaian baju lokap berwarna jingga.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Safuan Md Noor berkata, lelaki berasal dari Kuala Ketil itu mempunyai dua rekod jenayah lampau iaitu kes rusuhan bersenjata dan mendatangkan cedera.

“Hasil siasatan mendapati tangkapan ini ada kaitan dengan balas dendam sehingga menyebabkan serangan terhadap mangsa ,” ujarnya

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang lelaki maut selepas diserang dua lelaki bersenjatakan parang dan sabit di sebuah kedai kopi di Taman Damai, Padang Serai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI