fbpx

Bundesliga: Xabi Alonso ikrar kekal di Leverkusen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALONSO dianggap sebagai jurulatih paling hangat ketika ini apabila khidmatnya diburu oleh tiga pasukan gergasi Eropah. - AFP

MADRID – Jurulatih Bayer Leverkusen, Xabi Alonso dilaporkan akan menolak segala tawaran lumayan yang bakal diberikan pada penghujung musim nanti bagi kekal mengemudi pasukan Leverkusen pada musim depan.

Sebagai rekod, Alonso dianggap sebagai pengendali ‘terhangat di pasaran’ ketika ini apabila dikaitkan dengan pasukan elit seperti Liverpool, Bayern Munich dan Barcelona.

Ini kerana ketiga-tiga kelab itu bakal kehilangan jurulatih selepas Jurgen Klopp (Liverpool), Thomas Tuchel (Bayern) dan Xavi Hernandez (Barcelona) semua bersetuju untuk meletakkan jawatan apabila musim berakhir nanti.

Difahamkan, Alonso menjadi senarai No. 1 pasukan The Reds dan The Bavaria, tetapi bersedia untuk menolak kerana destinasi pilihan selepas Leverkusen adalah untuk mengemudi Real Madrid.

Alonso yang kini berusia 43 tahun merupakan legenda skuad The Galacticos ketika era pemain profesional dan bersedia untuk menunggu sehingga kontrak pengendali semasa, Carlo Ancelotti pada dua tahun lagi.

Justeru, Alonso yang turut pernah menyarung jersi Liverpool dan Bayern mahu kekal menimba pengalaman bersama Leverkusen selama dua tahun lagi sebelum membuat keputusan rasmi.

Berdasarkan laporan tempatan, Liverpool juga memiliki pilihan alternatif andai Alonso tidak mahu menerima kontrak dengan menjadikan pengendali Brighton, Roberto de Zerbi sebagai sasaran manakala Bayern mahukan Zinedine Zidane. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI