fbpx

Bantuan terakhir diterima sebulan lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Palestin menerima bantuan yang diedarkan UNRWA di Rafah pada 28 Januari lalu. - AFP

BANDAR GAZA – Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) menyatakan bahawa kali terakhir bantuan kemanusiaan dibenarkan memasuki utara Semenanjung Gaza adalah lebih sebulan lalu, lapor akhbar Palestine Chronicle.

“Kali terakhir UNRWA dapat menyampaikan bantuan makanan ke utara Gaza adalah pada 23 Januari lalu. 

“Sejak itu, bersama-sama dengan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang lain, kami telah memberi amaran terhadap ancaman kebuluran dan merayu untuk akses kemanusiaan tetap.

“Kami juga memberi amaran bahawa kelaparan boleh dielakkan jika lebih banyak konvoi makanan dibenarkan masuk ke utara Gaza secara tetap,” tulis Pesuruhjaya UNRWA, Philippe Lazzarini di platform X.

Beliau bagaimanapun berkata, seruan UNRWA untuk menghantar bantuan makanan ke Semenanjung Gaza telah dinafikan oleh Rejim Zionis dan tidak didengari.

“Ini adalah bencana yang berpunca daripada manusia. 

“Hari-hari yang akan datang sekali lagi bakal menguji kemanusiaan dan nilai kita bersama,” tulisnya.

Sebelum ini, UNRWA berkata bahawa sejak awal tahun ini, separuh daripada permintaan misi bantuannya ke utara Semenanjung Gaza telah ditolak selepas tentera Israel menyerang enklaf itu sejak 7 Oktober tahun lalu.

Menurutnya, walaupun telah mengenal pasti kawasan kebuluran dan kelaparan di utara Gaza, di mana ramai penduduk Palestin dipercayai berada di ambang kebuluran, misi bantuan UNRWA telah ditolak. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI