fbpx

1,696 pegawai perubatan tinggalkan perkhidmatan awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kira-kira 54 peratus daripada 1,696 pegawai perubatan meninggalkan sektor awam untuk berkhidmat di sektor swasta atau badan berkanun berdasarkan data pada 2022.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, dalam masa sama, sebanyak 4.5 peratus atau 477 pegawai perubatan meninggalkan perkhidmatan kesihatan awam untuk berkhidmat di luar negara.

“Seterusnya 28 peratus adalah alasan peribadi, enam peratus pula meninggalkan perkhidmatan awam untuk berkhidmat di institusi pengajian tinggi awam serta 2.7 peratus dengan faktor melanjutkan pengajian.

“Terdapat 0.8 peratus pula membuka klinik sendiri, manakala 0.5 peratus yang meninggalkan perkhidmatan awam itu tidak memberikan alasan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) yang bertanyakan punca pegawai perubatan berhenti daripada perkhidmatan kesihatan awam.

Sementara itu, Dzulkefly berkata, kerajaan melaksanakan pelbagai usaha untuk mengekalkan penglibatan mereka dalam sistem kesihatan awam.

Katanya, ini termasuk gaji permulaan pegawai kontrak gred UD41 sebanyak RM5,197, malah ia lebih tinggi berbanding skim perkhidmatan awam yang lain termasuk Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI