fbpx

[VIDEO] Pemandu bas dikecam, isi minyak sambil merokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang tular di media sosial memaparkan lelaki tersebut mengisi minyak bas sambil merokok.

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang juga pemandu bas dikecam pengguna media sosial apabila videonya merokok sambil mengisi minyak tular di media sosial.

Menerusi video berdurasi 44 saat yang dimuat naik di aplikasi X, lokasi kejadian di fahamkan berlaku di sebuah stesen minyak terletak di Muallim, Perak.

Meskipun minyak diesel tidak mudah terbakar jika dibandingkan dengan petrol atau kerosene, perbuatan lelaki berusia 40-an itu tetap dianggap menyalahi peraturan di mana-mana stesen minyak.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada terdapat penumpang di dalam bas berkenaan.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang mengecam perbuatan pemandu bas itu yang dianggap boleh membahayakan nyawa orang sekeliling.

“Bukan nak tutup periuk nasi dia, tapi kalau macam ni punya perangai, sebelum ada orang yang mati terbakar baik diberhentikan kerja. Mana boleh merokok sambil isi minyak,” komen Hadrizal.

“Tak kisahlah mudah terbakar atau tidak, tetap menjadi satu kesalahan merokok dalam kawasan stesen minyak,” komen Billy.

Sementara itu, ada juga yang menyatakan lelaki tersebut berani bertindak demikian kerana mengetahui diesel tidak mudah terbakar seperti petrol.

“Diesel tak menyambar macam petrol. Sebab itu dia (pemandu bas) berani buat macam tu,” komen Zua.

“Bertenang semua. Mungkin kalau dia baling puntung rokok dalam tangki diesel tu pun, puntung rokok tu dulu padam,” komen Afzal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI