fbpx

Remaja lelaki dihanyut arus ketika mandi sungai ditemukan lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang remaja lelaki ditemui lemas malam tadi selepas mandi di Sungai Pegalan, Kampung Panagatan petang semalam. -Foto JBPM

KENINGAU – Seorang remaja lelaki ditemukan lemas malam tadi selepas mandi di Sungai Pegalan, Kampung Panagatan petang semalam.

Mayat Aloysius Alfred, 13, dijumpai kira-kira pukul 9.50 malam oleh penduduk kampung kira-kira 520 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Sharudy Delamin berkata, penduduk memaklumkan mereka menemukan mayat mangsa sejauh 520 meter dari lokasi si mati hilang.

“Mangsa ditemui selepas dihanyutkan arus sungai ketika mandi bersama rakannya. Mayat mangsa dibawa ke darat dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, Aloysius bersama lima rakannya mandi di sungai berkenaan sebelum dua daripada mereka dihanyutkan arus deras.

Salah seorang mangsa berjaya diselamatkan oleh datuknya, manakala Aloysius pula hilang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI