fbpx

Usah buat lucu, saya bukan punca kesesakan Tanjong Karang – Noh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh ketika ditemui di Tanjong Karang hari ini. FOTO: AFIQ RAZALI/ KOSMO!

KUALA SELANGOR – Bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar menempelak dakwaan kononnya beliau menjadi punca utama berlaku kesesakan teruk kerana sengaja tidak membina jejambat di kawasan parlimen itu.

Menurut bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor itu, beliau amat kesal dengan kenyataan Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr. Zulkafperi Hanapi mengenai perkara tersebut.

Kata Noh, punca utama kesesakan itu berikutan kelewatan pembinaan Lebuh Raya Pantai Barat (WCE) melibatkan susur keluar di Tanjong Karang.

“Pada waktu itu, penduduk membuat bantahan kerana isu pengambilan tanah dan mereka tidak mahu kampung terbahagi dua sehingga menyebabkan pekan Tanjong Karang ‘mati’.

“Justeru, kenyataan beliau (Zulkafperi) menyalahkan saya tidak membuat jejambat atau ‘flyover’ dianggap lucu dan hanya sekadar teori semata-mata,” katanya ketika ditemui hari ini.

Semalam, media melaporkan kesesakan lalu lintas terutama hujung minggu dan musim cuti didakwa berpunca keengganan pemimpin terdahulu membina jejambat merentasi Sungai Tengi.

Prasarana itu didakwa tidak mahu dibina kerana khuatir pekan Tanjong Karang tidak disinggah pengguna jalan raya apabila melalui kawasan itu.

Menurut Noh, rakyat menggesa Zulkafperi mengekalkan pembinaan susur keluar WCE di Hospital Tanjong Karang yang meliputi pelan asal Kementerian Kerja Raya (KKR) sebelum ini.

“Keadaan itu menimbulkan keresahan penduduk yang mempersoalkan ketiadaan kemudahan laluan susur keluar berkenaan.

“Sebelum ini, terdapat persetujuan daripada KKR untuk menyusun semula laluan masuk dan keluar di hospital, namun kita dapati tiada susur keluar disediakan di lokasi tersebut,” ujarnya.  – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI