fbpx

Budak 5 tahun cedera jatuh tingkat dua pangsapuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEREMBAN – Nyawa seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun masih panjang apabila dia hanya cedera selepas terjatuh dari rumahnya di tingkat dua sebuah pangsapuri di Taman College Height, Sikamat, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, dalam kejadian pukul 9.20 pagi itu, mangsa mengalami luka di dagu serta patah tulang paha dan kini menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban.

“Siasatan mendapati, mangsa ditinggalkan bersama adik perempuannya berusia tiga tahu oleh ibu bapa mereka tanpa penjaga di rumah. Ibu bapa mereka yang berusia dalam lingkungan 30-an sudah diambil keterangan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda RM50,000 atau kedua-duanya,” katanya kepada pemberita, hari ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI