fbpx

Siasatan, tindakan ke atas penganjur konsert Choii tetap diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video golongan anak muda yang menyaksikan konsert di Taman Jubli Emas, Alor Setar, Kedah malam semalam.

ALOR SETAR – Pejabat daerah akan memanggil penganjur Choii Underground Music Tour Kedah 2.0 kerana menganjurkan konsert tanpa permit di Taman Jubli Emas di sini kelmarin.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Kedah, Mejar (B) Mansor Zakaria, siasatan tetap akan diteruskan biarpun pihak penganjur sudah membuat permohonan maaf berhubung acara tersebut semalam.

“Apa sahaja tindakan yang melanggar garis panduan, kita akan ambil termasuk senarai hitam kerana kita tidak mahu ia jadi trend. Mohon (lesen), buat salah selepas itu mohon maaf.

“Hiburan ini di bawah pejabat daerah bukan PBT (pihak berkuasa tempatan) jadi pejabat daerah akan memanggil penganjur kerana lesen dipohon melalui pejabat daerah.

“Kita minta pejabat daerah panggil dan beri amaran kerana pelanggaran syarat Kalau betul dia langgar dengan rela hati, kita boleh senarai hitam bukan dia sahaja malah mana-mana syarikat lain juga,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan penganjur acara berkenaan menimbulkan kontroversi kerana mengadakan konsert pada malam Nisfu Syaaban selain beroperasi tanpa permit.

Penganjur yang menggunakan akaun, Faris Azrii dalam satu hantaran di media sosial kemudian membuat permohonan maaf secara terbuka dengan mendakwa kesilapan berlaku di pihaknya kerana terlepas pandang isu tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI