fbpx

Juruterbang Australia diculik di Gunung Sisa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR pada 19 Februari lalu menunjukkan anggota pasukan keselamatan meronda dekat bandar Wabag di kawasan tanah tinggi PNG. – AFP

PORT MORESBY – Seorang juruterbang helikopter Australia dan dua pekerja lain diculik di kawasan tanah tinggi Papua New Guinea (PNG), kata ketua polis PNG hari ini.

“Kami memberi tumpuan untuk menyelesaikan perkara ini secepat mungkin,” kata Pesuruhjaya Polis David Manning ketika mengesahkan kewarganegaraan juruterbang yang diculik sambil menambah, polis sedang bertindak.

Juruterbang tersebut dan dua mangsa lain yang dipercayai pekerja telekom, dibawa berhampiran Gunung Sisa, wilayah Hela di tengah PNG.

“Pesuruhjaya Tinggi Australia telah dimaklumkan mengenai perkara ini,” kata Perdana Menteri PNG, James Marape pula.

Beliau berkata, polis dan pasukan pertahanan sedang bergerak ke kawasan itu.

Tanah tinggi PNG yang bergolak sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dibelenggu oleh siri penculikan dan keganasan puak yang mengakibatkan beratus-ratus orang terkorban.

Pada minggu lalu sahaja, lebih 50 mayat ditemui di tepi jalan akibat pertempuran antara tiga puak bermusuhan.

Pada tahun 2023, seorang ahli arkeologi New Zealand dan dua yang lain telah dijadikan tebusan berhampiran lokasi penculikan terbaru tersebut.

Mereka dibebaskan selepas rundingan tegang selama seminggu antara polis dan kumpulan penculik yang pada mulanya menuntut wang tebusan berjumlah  AS$1 juta (RM4.78 juta). – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI