fbpx

Mati diikat,dipukul: Reman lima lelaki disambung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Reman lima lelaki yang ditahan selepas disyaki terbabit kes memukul sehingga mati seorang lelaki di di Taman Pelangi Semenyih 2, Kajang, di sini, Selasa lalu disambung reman empat hari lagi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kesemua mereka disambung reman bermula reman hari ini.

“Kesemuanya disambung reman empat hari lagi sehingga 29 Februari,” katanya dalam kenyataan ringkas, hari ini.

Selain lima lelaki itu, polis turut menahan dua lagi lelaki berusia 22 dan 39 tahun di Kajang yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu, kelmarin.

Menurutnya, kedua-dua suspek direman lima hari bermula 23 Februari sehingga 28 Februari ini dan setakat ini jumlah suspek yang ditahan dalam kes itu seramai tujuh orang.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan seorang lelaki maut disyaki dipukul dan diikat selepas terbabit kemalangan di Taman Pelangi Semenyih 2 pada Selasa lalu.

Ketika kejadian, mangsa memandu kereta Proton Saga.

Mangsa ditemui tidak bernyawa dalam keadaan terbaring atas jalan dan terdapat kesan pergelangan tangan seperti diikat.

Susulan itu, pihak polis menahan lima lelaki berusia 22 hingga 52 tahun bagi membantu siasatan pada Rabu lalu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI