fbpx

Kesihatan lebih utama berbanding Olimpik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAHAP kesihatan Tze Yong akan dinilai terlebih dahulu sebelum diberikan kebenaran untuk menyertai jelajah Eropah selepas ini.

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) lebih mengutamakan tahap kesihatan perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong berbanding misinya dalam memburu kelayakan ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Pemain berusia 24 tahun itu dilaporkan mengalami kecede­raan belakang yang serius ketika membantu skuad badminton ­lelaki negara pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 sehingga terpaksa diberikan suntikan.

Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria menegaskan, badan induk itu sentiasa meletakkan kebajikan pemain sebagai keutamaan melebihi segala-galanya termasuk kelayakan ke Sukan Olimpik.

“Sudah tentu kita mengharap­kan bahawa kecederaan ini tidak akan menghalang penglibatannya untuk meneruskan kejohanan-kejohanan kelayakan Olimpik, namun kita letakkan tahap kesihatan Tze Yong lebih penting berbanding kelayakan tersebut.

“Kita tidak mahu jika benarkan dia bertanding, akan menyebabkan kecederaan kekal ataupun sukar dirawat. BAM sentiasa meletakkan kebajikan serta kesihatan pemain lebih daripada perkara lain,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Majlis Eksekutif Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara ­semalam.

Pada ketika ini, Tze Yong berada di bawah pemerhatian Institut Sukan Negara (ISN) selain tahap pemulihannya dipantau BAM memandangkan masa semakin ‘mencemburuinya’ untuk melayakkan diri ke Paris.

Untuk rekod, Tze Yong berada di kedudukan ke-15 ranking kelayakan Olimpik ketika ini dan dia perlu kekal dalam kelompok 16 teratas sehingga saingan kelayakan berakhir hujung April nanti jika mahu mendapatkan slot beraksi di temasya sukan terbesar dunia itu.

Dalam pada itu, Norza menjelaskan, pihaknya akan menilai secara terperinci laporan per­ubatan Tze Yong sebelum membuat keputusan membenarkan dia beraksi menghadapi jelajah Eropah nanti.

“Kita perlu tengok laporan perubatan kerana saya bukan pakar. Kita harus lihat secara terperinci sama ada boleh teruskan kelayakan (Olimpik) atau tidak. Kita juga tidak mahu memaksa jika dia belum bersedia,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI