fbpx

Hun Haqeem, tolong jangan ‘ghaib’ lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sehingga kini, segala panggilan telefon dan pesanan mesej terhadap Hun tidak berbalas.

MINGGU ini memang panas nama Hun Haqeem menjadi bahan bualan ramai selepas didakwa perlu membayar saman langgar kontrak sebanyak RM600,000.

Terkejut juga Diva dengar sebab tak pernah pula cerita mengenai isu tersebut berbangkit sebelum ini. Diam-diam kena saman setengah juta.

Kemudian seperti biasalah, ramailah rakan media berusaha mendapatkan maklum balas Hun mengenai isu tersebut tetapi sayangnya, pelakon itu ‘ghaib’!

Bukan kena culik orang bunian tetapi dia langsung tak beri kerjasama memberi sebarang respons walaupun dihujani dengan panggilan telefon dan mesej.

Setahu Diva, sikap Hun dulu tidak seperti itu tetapi selepas semakin popular, jadi begini pula. Rasa kecewa kalau ada artis muda berperangai macam itu.

Boleh sahaja jawab sedikit kalau tak mahu ulas lanjut sekalipun. Janganlah hilang begitu sahaja.

Harap perangai itu tak ‘melekat’ teruslah ya. Jangan sampai orang geram dan menyampah.

DIVA: Ketika sibuk isu kena saman, Hun muat naik video menyanyi dengan Daiyan pula. Cinta lokasi ke?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI