fbpx

‘Nasib baik tidak ditimpa lori, jarak hanya lima meter’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah lori yang terbalik merintangi jalan di Kampung Bandar Tinggi, Jelebu, pagi tadi. - Foto NOR AINNA HAMZAH

JELEBU – Seorang warga emas nyaris maut apabila sebuah lori terbalik selepas merempuh tiang elektrik di Kilometer 34, Jalan Seremban-Simpang Pertang dekat Kampung Bandar Tinggi, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, Mohamad Husin, 69, yang menunggang motosikal hanya berada lima meter dari kenderaan yang merintangi jalan itu.

Menurut Mohamad, ketika kejadian, dia dalam perjalanan ke pekan Kuala Klawang sebelum tiba-tiba melihat sebuah lori hilang kawalan selepas cuba mengelak sebuah kereta dari arah bertentangan.

“Lori itu kemudian melanggar tiang elektrik lalu terbalik sebelum melintang di tengah jalan dengan jarak lebih kurang lima meter dari saya. Saya tergamam dan hanya mampu mendiamkan diri kerana terkejut.

“Syukur alhamdulillah, saya masih selamat,” katanya di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendean, Maslan Udin berkata, pemandu dan kelindan lori masing-masing berusia 49 dan 41 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kejadian itu membabitkan sebuah lori jenis Hino warna putih. Siasatan awal mendapati, lori itu cuba mengelak sebuah kereta dari arah bertentangan sebelum terbabas sendiri.

“Bagaimanapun punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Peraturan 10 LN166/59 kerana gagal mengawal kenderaan hingga menyebabkan kemalangan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI