fbpx
Gambar hiasan

Bini minta cerai lepas jumpa kondom ‘terbuka’ dalam beg suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PERKAHWINAN dibina oleh seorang wanita yang ingin dikenali sebagai Athirah bersama suaminya adalah atas dasar cinta.

Dia menjalinkan hubungan dengan suaminya itu sejak di bangku persekolahan.

Mereka mengambil keputusan untuk melangsungkan perkahwinan ketika masing-masing berusia 22 tahun.

“Saya tidak dapat nafikan sebelum berkahwin saya dengan suami boleh dikatakan agak ‘liar’.

“Kami sering pergi clubbing bersama rakan-rakan lain untuk berhibur,” katanya.

Namun, setelah berkahwin dan memiliki anak, Athirah serta suaminya mula meninggalkan dunia clubbing tersebut.

Masing-masing mahu memberi fokus untuk bekerja dan membesarkan anak dengan penuh kasih sayang.

“Selepas memiliki anak, saya seakan mendapat hidayah untuk berubah dan menjadi wanita lebih baik.

“Malah, saya mengambil keputusan untuk menutup aurat dengan sempurna kerana merasakan dunia berhibur telah berakhir,” jelasnya yang kini berusia lewat 20-an.

Namun sayangnya, perubahan ke arah kebaikan itu ditunjukkan oleh Athirah sahaja.

Suaminya itu masih lagi pergi berhibur di kelab malam bersama dengan rakan-rakan lain tanpa pengetahuan Athirah.

Manakala, Athirah pula akan berada di rumah untuk menjaga anak mereka.

“Suami saya menyatakan bahawa dia keluar ‘ride’ atau menunggang motosikal bersama rakan-rakannya.

“Saya mempercayainya kerana mengetahui bahawa suami memang seorang mat motor.

“Namun begitu, itu semua hanya satu penipuan belaka. Sebenarnya, suami saya masih pergi berhibur di kelab malam,” terangnya.

Tambahnya, Athirah mengetahui semua itu setelah salah seorang rakannya memberitahu bahawa ternampak kelibat suaminya berada di kelab malam dan berhibur dengan wanita lain.

Malah, rakannya itu sempat merakam video sebagai bukti dan menghantarnya kepada Athirah.

Dia kemudian bertanya hal tersebut kepada suaminya.

Suaminya tidak menafikan dan mengaku bahawa dia pergi ke kelab malam bersama rakan-rakan lain.

Mereka bergaduh kecil kerana suaminya sebelum ini telah menyatakan bahawa ingin berubah dan tidak akan menjejakkan kaki lagi ke kelab malam.

Bagaimanapun, suaminya menyatakan bahawa dia masih belum berpuas untuk berhibur.

Disebabkan itu, dia masih lagi pergi ke kelab malam bersama rakan-rakannya untuk berhibur.

Malah, suaminya itu menyatakan bahawa dia pergi ke kelab malam sekadar berhibur dan bukannya menari bersama wanita lain.

Athirah juga tidak dapat menghalang suaminya daripada terus mengunjungi kelab malam.

“Apa yang boleh saya lakukan adalah memanjatkan doa kepada Allah SWT agar membuka hati suami untuk berubah dan meninggalkan perkara-perkara melalaikan.

“Saya tidak dapat menghalangnya kerana dia langsung tidak mempedulikan nasihat saya agar tidak mengunjungi kelab malam lagi,” katanya.

Pada masa sama, Athirah melihat sikap suaminya terhadap dia semakin berubah.

Athirah yakin, suaminya bukan hanya pergi berhibur di kelab malam, sebaliknya turut berlaku curang di belakangnya dan menjalinkan hubungan dengan wanita lain.

“Pernah sekali saya terjumpa sekotak kondom yang telah dibuka dalam beg suami saya.

“Setahu saya ketika kami bersama, suami saya tidak menggunakannya kerana saya mengambil ubat perancang keluarga,” terangnya.

Hal itu telah menyebabkan timbul rasa curiga, namun Athirah tidak terus bertanya akan hal tersebut kepada suaminya.

Dia dapat merasakan ada sesuatu yang dilakukan oleh suaminya di belakangnya.

“Saya perlu mendapat bukti yang jelas terlebih dahulu sebelum boleh menyerangnya.

“Akhirnya, suami saya ‘terkantoi’ apabila saya memeriksa telefon pintarnya dan melihat perbualan dia bersama wanita lain dalam satu aplikasi perbualan.

“Mungkin suami saya terlupa untuk memadam aplikasi itu.

“Apabila saya membukanya saya membaca perbualan mereka yang agak menjijikan. Ia menjadi bukti bahawa mereka pernah terlanjur bersama,” terangnya.

Athirah kemudian bertanya semua perkara tersebut kepada suaminya.

Pada mulanya, suami Athirah cuba untuk berbohong kepadanya.

Namun, hal itu telah menyebabkan mereka bergaduh dan akhirnya suaminya mengakui bahawa dia melakukan perkara tersebut.

“Sewaktu pergaduhan itu saya memintanya untuk menceraikan saya.

“Ini kerana, saya sudah tidak sanggup untuk bersama dengan suami yang masih tidak mahu berubah.

“Sewaktu pergaduhan itu, suami saya akhirnya melafazkan cerai setelah saya mendesaknya beberapa kali untuk berbuat demikian,” terangnya.

Akhirnya, mereka sah berpisah di sebuah mahkamah syariah di Lembah Klang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN