fbpx

Aaron-Wooi Yik perlu pamer peningkatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON-WOOI YIK perlu menjadikan Terbuka Perancis dan Seluruh England medan terbaik bagi mendapatkan prestasi tertinggi sebelum ke Olimpik Paris.

JURULATIH beregu lelaki negara, Tan Bin Shen menuntut agar pasangan beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menampilkan peningkatan terbaik dalam dua kejohanan di Terbuka Perancis dan Seluruh England bulan depan sebelum melangkah ke Olimpik Paris 2024.

Biarpun tidak meletakkan sebarang sasaran buat pasangan negara itu untuk muncul juara di kejohanan bertaraf Super 750 dan Super 1000, namun Bin Shen berharap pasangan di ranking No. 5 dunia menampilkan peningkatan dalam setiap pusingan perlawanan.

Tegas Bin Shen, langkah itu penting agar pasangan negara benar-benar dalam momentum terbaik sebelum memulakan cabaran sebenar di Olimpik Paris yang membuka tirai pada Julai ini nanti.

“Bagi saya perkara paling penting adalah pemain negara perlu berada pada tahap tertinggi di Olimpik, tetapi mereka perlu nampak peningkatan dalam setiap kejohanan yang mereka sertai.

“Saya tahu setiap pemain mahu menjulang kemenangan, tetapi saya rasa kalau terlalu inginkan kejuaraan, dalam gelanggang kemungkinan mereka sukar untuk mengawalnya.

“Pemain perlu pastikan, setiap kali berada dalam gelanggang perlu kuasai setiap perlawanan. Di situ, mereka mampu menilai di mana kemampuan mereka adakah sudah dekat untuk menjulang kemenangan ataupun sebaliknya.

“Keyakinan dalam gelanggang itu penting. Jadi, pemain negara perlu ada persiapan terbaik sebelum beraksi di dua kejohanan Eropah akan datang,” katanya ketika ditemui semasa latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara semalam.

Aaron-Wooi Yik adalah prospek utama kontinjen Malaysia bagi memenangi pingat emas di Paris selepas tiga tahun lalu di Olimpik Tokyo 2020, mereka berjaya menyumbang gangsa pada penampilan pertama di temasya terbesar dunia itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI