fbpx

Pocong bonceng motosikal waktu maghrib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kelihatan susuk lembaga seakan pocong membonceng motosikal di jalan raya. - Instagram

JAKARTA –  Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi penampakan lembaga didakwa hantu pocong membonceng motosikal yang ditunggang seorang lelaki pada waktu maghrib.

Laman berita Viva melaporkan, video rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) itu dimuat naik dalam akaun Instagram @bundsteutic.

Berdasarkan video tersebut, susuk didakwa hantu pocong itu dilihat berdiri tegak di atas motosikal tersebut. 

Tiada maklumat lanjut mengenai rakaman CCTV tersebut. Bagaimanapun, video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Betulkah ia berdiri tegak seperti itu? Saya fikir rakaman ini menipu tetapi mana ada manusia berdiri tegak di atas motosikal tanpa bergoyang,” komen seorang netizen. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI