fbpx

Penjenayah solo pecah kedai, curi motosikal di 3 negeri diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YUSHARIFUDDIN Mohd Yusop (kiri) meninjau antara barangan yang dirampas termasuk motosikal sewaktu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar, Perlis, hari ini.

KANGAR – Seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun yang aktif menjalankan kegiatan pecah premis kedai di kawasan utara Semenanjung Perlis, Kedah dan Pulau Pinang dicekup pihak berkuasa baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, pada 22 September lalu, pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung kejadian pecah premis dan curi motosikal di sebuah kedai di Pengkalan Asam melibatkan kerugian RM4,500.

Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kangar bersama anggota task force IPD Kangar membuat tangkapan ke atas suspek pada 15 Februari lalu sekitar pukul 3.10 petang.

“Suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai barangan lusuh mempunyai 43 rekod lampau termasuk 10 rekod dikehendaki kes pecah kedai, mencuri kenderaan serta dadah,” katanya pada sidang akhbar di IPD Kangar, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Yusharifuddin berkata, suspek mengaku terlibat dalam kes tersebut dan 27 kes lain membabitkan jenayah di Kangar, Perlis (lima kes), Arau, Perlis (satu kes), Kubang Pasu, Kedah (tiga kes), Kota Setar (tiga kes), Padang Serai, Kulim (lapan kes), Tasik Gelugor, Pulau Pinang (dua kes), dan Kuala Muda, Kedah (lima kes).

Polis juga berjaya merampas lebih 50 barangan kes terdiri daripada barangan kemas, komputer riba, telefon bimbit dan motosikal bernilai lebih RM15,000.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI