fbpx

Pemandu teksi, bas sekolah terima caruman Perkeso mulai bulan depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony pada sidang akhbar selepas Majlis Sua Kasih Madani Kemeterian Pengangkutan di Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

PUTRAJAYA – Seramai 35,000 pemandu teksi dan 18,000 pemandu bas sekolah akan menikmati caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan bermula Mac ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, kerajaan akan menanggung sepenuhnya caruman itu di mana 90 peratus caruman dibiayai Kementerian Kewangan, manakala baki 10 peratus ditangung oleh Kementerian Pengangkutan bagi tempoh setahun.

Beliau berkata, Kementerian Kewangan menyediakan peruntukan sebanyak RM100 juta kepada Perkeso untuk mencarum sehingga 90 peratus bagi pemandu teksi, e-hailing, p-hailing dan sebagainya.

“Walaupun 90 peratus, tetapi 10 peratus perlu dicarum sendiri oleh pemandu sendiri, jadi untuk golongan ini, kita akan bantu caruman tambahan 10 peratus itu,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Sua Kasih Kementerian Pengangkutan di sini, hari ini.

Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan bersetuju melaksanakan inisiatif bantuan caruman Perkeso sepenuhnya kepada hampir 40,000 pemandu teksi di seluruh negara tahun ini.

Bantuan terbabit antara usaha kementerian itu untuk memberi perlindungan keselamatan sosial kepada golongan berkenaan.

Kesemua inisiatif bantuan itu dilaksanakan menerusi hasil bidaan nombor pendaftaran istimewa (NPI) yang dikelolakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI