fbpx

Nomad pelik lagu sendiri cetus perasaan luar biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEMI merealisasikan lagu Mengejar Cinta, Nomad mendapat bimbingan vokal profesional.

RINDU kepada orang yang telah tiada menjadi antara intipati penting bait-bait lirik lagu Mengejar Cinta, buah tangan terbaharu Nomad yang mula menemui peminat pertengahan Februari lalu.

Baginya, apa yang dizahirkan menerusi lagu berkenaan merupakan sebuah kerinduan dan kenangan yang telah pergi buat selama-lamanya.

“Bila bercakap tentang kecintaan dan kerinduan, perasaan itu boleh dikaitkan dengan pelbagai kisah yang pernah kita dengar.

“Liriknya juga menceritakan tentang kecintaannya pada susuk yang telah banyak memartabatkan perjuangan untuk seluruh umat-Nya.

“Setelah mengharungi satu perjalanan yang amat jauh tanpa mengenal erti penat lelah ditemani air mata kerinduan dan akhirnya dapatlah melepaskan ke­rinduan dengan pelukan yang penuh dengan cinta kepada cinta hatinya,” ungkap penyanyi yang berusia 36 tahun itu.

Makna tersembunyi

Meskipun apa yang tersirat begitu mendalam, Nomad tidak mahu pendengar menjadikannya sebagai satu perkara yang memberatkan sebaliknya, lirik berkenaan juga boleh diadaptasi dalam kehidupan seharian.

Jelasnya, Mengejar Cinta bukanlah sebuah karya yang rumit untuk difahami, namun kaya dengan maksud tersirat yang mempunyai pelbagai pengertian.

Bercerita mengenai pemilihan karya pula, lagu tersebut dicipta sebelum sebelum proses rakaman berlangsung. Pada awalnya, Nomad mahu menjadikan lagu ini menjadi sebuah karya rancak, namun berlaku perubahan saat akhir.

“Bila saya dengar semula dan hayati semula liriknya, datang satu perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Semuanya bersatu. Perasan sedih, gembira dan bahagia bercampur-baur dan membuatkan saya mahu memahaminya dengan lebih mendalam.

“Bila masuk proses rakaman, saya ambil masa selama dua jam untuk memahaminya. Padahal ini merupakan lagu ciptaan saya. Sebenarnya ada perasaan lain dirasai malam berkenaan. Mujur ada guru vokal yang membantu proses berkenaan,” tambahnya lagi.

Vokal

Mendapat bimbingan vokal daripada J Ratno, Afif Tirmizi dan Rudy Nastia yang bertindak sebagai penggubah muzik, mereka banyak melicinkan proses rakaman dengan memberikan pelbagai input baharu.

Kata penyanyi yang popular dengan lagu Tetap Menantimu, ini merupakan kali pertama dia berhadapan dengan situasi berkenaan. Perasaan luar biasa yang dihadapi ketika ­proses rakaman berkenaan membuatkan dia tertanya-tanya apakah yang sedang berlaku.

“Sejujurnya saya hanya mahu pendengar menikmati buah tangan terbaharu ini. Lebih matang jika mahu dibandingkan dengan karya-karya terdahulu.

“Sudah pasti saya bersyukur dan gembira dapat menghasilkan sebuah karya yang mengikut kematangan usia yang saya anggap sebuah cerita kesedihan yang sangat bahagia,” katanya.

Mengejar Cinta sudahpun dilancarkan secara rasmi di semua platform digital sejak 16 Februari lalu sementelah lirik video juga boleh ditonton melalui YouTube Indigital Music pada hari yang sama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI