fbpx

Masjid cari imam tarawih elaun RM6,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Pengurusan Masjid Tengku Muhammad Faris Petra Bandar Kuala Krai, Kelantan menawarkan elaun sebanyak RM6,000 kepada individu berkelayakan bagi memimpin solat tarawih di masjid tersebut sepanjang Ramadan ini.

Perkara tersebut dikongsikan di Facebook rasmi masjid itu semalam.

“Pencarian imam tarawih sebulan Ramadan elaun RM6,000.

“Hantar ‘resume’ kepada pihak masjid selewat-lewatnya pada 24 Februari 2024 menerusi e-mel masjid [email protected]

“Keutamaan kepada yang bermukim di jajahan Kuala Krai,” jelas hantaran berkenaan.

Tangkap layar Facebook Masjid Tengku Muhammad Faris Petra Bandar Kuala Krai, Kelantan menawarkan elaun sebanyak RM6,000 imam tarawih sepanjang Ramadan ini.

Hantaran itu turut menjadi tular di media sosial apabila rata-rata orang ramai memuji pihak pengurusan masjid kerana terbuka menyediakan elaun tinggi kepada imam terlibat.

“Alhamdulillah, bagus pihak pengurusan. Rasanya ini kali pertama saya tahu elaun imam tarawih setinggi ini. Ada setengah tempat bawah RM1,000 sahaja. Moga murah rezeki pihak pengurusan Masjid Tengku Muhammad Faris Petra Bandar Kuala Krai,” puji Zarul.

“Tawaran yang membuka mata ramai pihak dan pasti viral. Boleh menjadi ‘benchmark’ yang mungkin boleh diperjelaskan kriteria dan jenis khidmat sesuai jumlah elaun ditawarkan insya-Allah,” kata Mohd. Mustaqim.

“Padu. Terbaik pengurusan masjid,” ujar Luqman Hanif. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI