fbpx

Lega bebas pertuduhan bakar 34 buah motosikal di PPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Saiful (kiri) ketika keluar dari Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas dibebaskan pertuduhan membakar 34 buah motosikal dua tahun lalu.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang membakar 34 buah motosikal di parkir Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah, Bukit Jalil dua tahun lalu, menarik nafas lega apabila dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan itu.

Hakim Norina Zainol Abidin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie terhadap bekas kelindan lori Mohd. Saiful Adey Mohd. Noor, 36, di akhir kes pendakwaan.

“Setelah mendengar keterangan saksi pendakwaan dan meneliti hujahan pembelaan serta pendakwaan, pihak pendakwaan gagal buktikan kes prima facie. Oleh itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa perlu dipanggil membela diri,” katanya.

Pada 30 September 2022, Mohd. Saiful mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Saiful melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan cecair mudah terbakar iaitu petrol sehingga menyebabkan motosikal terbabit hangus terbakar di parkir Blok G PPR berkenaan, pukul 2.21 pagi pada 6 Julai 2022.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 14 tahun serta denda.

Sepanjang perbicaraan yang bermula pada 5 Oktober tahun lalu itu seramai lima saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan.

Dalam prosiding hari ini pendakwaan diwakili Ngoh Jess Lynn manakala tertuduh diwakili peguam M.Soosai Raj. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI