fbpx

Patung beruang bongkar identiti kekasih Celine Evangelista

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CELINE bergambar bersama patung beruang besar dengan kapsyen membayang kecintaannya terhadap seseorang.

GOSIP hubungan pelakon Celine Evangelista dengan seorang pegawai kanan tentera dikenali sebagai Major Teddy atau Teddy Indra Wijaya kembali hangat diperkatakan.

Lebih menguatkan khabar angin tersebut, apabila janda kepada aktor Stephen William itu dilihat bergambar bersama patung beruang besar dengan kapsyen sarat bayangan.

“Tuhan jagakan dia untukku,” tulis ibu tunggal anak empat itu dalam keterangan gambar.

Begitupun, sehingga kini masing-ma­sing tidak pernah mengeluarkan sebarang pengesahan mengenai hubungan mereka.

Major Teddy tular dalam laman sosial selepas menjadi pengiring Prabowo Subianto sejak tokoh politik memegang portfolio Menteri Pertahanan Indonesia.

Dalam media sosial, ketampanan lelaki itu membuatkan langkahnya menjadi perhatian apatah lagi timbul khabar angin mengaitkannya dengan beberapa selebriti popular, termasuk Ria Ricis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI