fbpx

Kerajaan Sarawak beri penghormatan penuh kepada Allahyarham Taib Mahmud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abang Johari bersama-sama Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan melihat jenazah Allahyarham Tun Taib dimasukkan ke dalam van jenazah sebaik tiba di balai ketibaan VIP, LTAK sebentar tadi.

KUCHING – Kerajaan Sarawak akan memberi penghormatan penuh negeri kepada Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai tokoh yang telah memberi khidmat bakti cemerlang dalam pembangunan Sarawak dan negara.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, allahyarham telah berkhidmat dari tahun 1963 sebagai menteri dalam kerajaan pertama hingga 1966 dan seterusnya berkhidmat di peringkat persekutuan di beberapa kementerian termasuk Kementerian Pertahanan, Kementerian Industri Utama, Kementerian Penyiaran serta Kementerian Wilayah Persekutuan.

“Beliau telah berkhidmat di bawah tiga Perdana Menteri, iaitu Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Razak Hussein dan Allayarham Tun Hussein Onn,” katanya pada sidang media di balai ketibaan VIP, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) hari ini.

Hadir sama Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah dan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Abang Johari menambah, Allahyarham Tun Taib berkhidmat balik di Sarawak pada 1981 hingga 2014.

“Beliau telah berkhidmat dengan cemerlang untuk Sarawak dan mengasaskan Sarawak sebagai sebuah negeri moden di bawah dasar politik pembangunan beliau,” katanya.

Selain itu, Abang Johari berkata ketika menjadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Allahyarham Tun Taib juga telah menjadi pembimbing kepada mantan Ketua Menteri, Pehin Sri Tan Sri Adenan Satem termasuk beliau sendiri.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan sumbangan Allahyarham Tun Taib begitu luar biasa terutama ketika menjadi Menteri Industri Utama, apabila menjadi individu yang menjurus kepada penubuhan Petronas.

Sementara itu, Abang Johari berkata beliau berkesempatan menziarahi Allahyarham Tun Taib di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur, semalam.

“Saya sempat melihat wajahnya, saya rasa begitu mendalam sekali,” katanya.

Abang Johari turut memaklumkan bahawa jenazah Tun Taib akan akan dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) esok untuk orang ramai memberi penghormatan terakhir mulai jam 8 hingga 12 tengah hari.

“Bangunan DUN adalah simbol kepercayaan Tun Taib kepada demokrasi, beliau yang membangunkan bangunan tersebut,” katanya.

Beliau berkata selepas itu, jenazah Tun Taib akan dibawa ke Masjid Demak berdekatan kediaman beliau untuk disolatkan sebelum disemadikan di perkuburan keluarga di Demak Jaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI