fbpx

Jadikan kondo mewah tempat simpan RM7.6 juta dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Kamarudin ketika sidang akhbar di sini hari ini. FOTO: KOSMO!/FAUZI BAHARUDIN

KUALA LUMPUR – Dua lelaki tempatan yang berperanan sebagai ‘mastermind’ dan ‘storekeeper’ diberkas bersama sejumlah dadah bernilai RM7.6 juta di sebuah kondominium mewah di Cheras, di sini 14 Februari lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, tangkapan ke atas dua suspek berusia 26 dan 41 tahun itu adalah hasil  serbuan pihaknya di sekitar Lembah Klang.

Sindiket itu dipercayai aktif sejak pertengahan tahun lalu dan meeka menjadikan kediaman tersebut sebagai stor simpanan dadah sebelum diedarkan ke pasaran khususnya di Lembah Klang, Sabah dan Sarawak.

“Kita merampas 134.87 kilogram (kg) syabu, erimin 5 (8.25 kg), ekstasi (25.5 kg), ketamin (8.26 kg) dan serbuk MDMA (6.05 kg). Sekiranya terlepas, bekalan itu boleh digunakan oleh 850,000 penagih.

“Turut dirampas dua pucuk pistol tiruan jenis Airsoft bersama dua kelopak,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Cheras hari ini.

Menurut beliau, setakat ini sebanyak tiga premis mewah dikenal pasti disewa RM2,500 sebulan bagi menempatkan dadah yang dibawa masuk dari Myanmar.

“Kita percaya kondominium mewah dipilih kerana ia dikawal ketat. Salah seorang suspek merupakan ‘mastermind’, manakala seorang lagi adalah ‘runner’ atau ‘storekeeper’ yang menguruskan dadah tersebut.

“Kalau di Lembah Klang mereka akan hantar sendiri, tetapi bagi Sabah dan Sarawak dadah tersebut dihantar menggunakan kurier,” jelasnya.

Siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Tindakan turut diambil di bawah ADB (Pelucuthakan Harta) 1988 yang mana kita menyita aset bernilai RM163,300 melibatkan dua buah kereta jenis Mercedes-Benz E350 Hyundai Sonata dan jam tangan Apple.

“Kedua-dua suspek negatif dadah. Salah seorag suspek mempunyai 22 rekod jenayah dan dadah. Mereka direman sehingga 27 Februari,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI