fbpx

Tolak menolak dipercayai punca pergaduhan di Melaka Wonderland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

MELAKA – Tolak menolak ketika hendak masuk ke dalam taman tema Melaka Wonderland Theme Park & Resort, Ayer Keroh di sini dipercayai menjadi punca pergaduhan membabitkan beberapa pengunjung dalam satu video tular.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian yang berlaku antara pukul 10.30 pagi hingga pukul 11 pagi itu bagaimanapun berjaya dikawal oleh pihak keselamatan taman tema tersebut.

“Insiden tersebut telah disahkan sendiri oleh pengurus tama tema berkenaan. Keadaan pengunjung yang terlalu ramai dan bersesak serta berlaku tolak menolak ketika hendak masuk menjadi punca pergaduhan.

“Telah berlaku sedikit perselisihan faham antara pengunjung dan pihak keselamatan Melaka Wonderland berjaya mengawal keadaan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, tular satu video di platform media sosial memaparkan adegan pergaduhan membabitkan beberapa lelaki dan dipercayai berlaku di Melaka Wonderland. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI