fbpx

Langgar kontrak, MIG saman Hun Haqeem RM600,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DAVID Teo meneruskan tindakan undang-undang ke atas pelakon Hun Haqeem kerana melanggar kontrak perjanjian tiga tahun lalu,

PETALING JAYA – Susulan isu pelanggaran kontrak bersama syarikat Metrowealth International Group (MIG) pada 2021, pelakon Hun Haqeem diminta membayar ganti rugi lebih RM 600,000.

Kenyataan tersebut dimaklumkan Pengarah Urusan MIG, David Teo yang baru menerima keputusan daripada Mahkamah Rayuan pada 27 November lalu.

“Mahkamah membenarkan rayuan daripada pihak kami dan dia (Hun) diminta untuk membayar ganti rugi sebanyak RM 613,950 dengan syarat kami tampilkan bukti-bukti kos kerugian.

“Dia juga diminta untuk bayar kembali wang berjumlah RM 30, 240 iaitu bayaran tunggakan kepadanya yang pernah kami bayar sebelum ini,” katanya kepada Kosmo! Online semalam.

Sebelum ini, David memaklumkan bahawa Mahkamah Shah Alam pada awalnya memutuskan kes ini selesai tanpa menang atau kalah, namun, pihaknya membuat rayuan.

Hun yang setakat ini baru membayar separuh daripada jumlah pertama, menamatkan kontrak pada 2021 dan masih berbaki lebih kurang dua tahun.

Sementara itu, David bertegas untuk mengambil tindakan undang-undang kerana menganggap pelakon Kampung People itu melupakan asal usulnya yang memulakan karier bersama MIG.

“Dia sudah tanda tangan kontrak, jadi dia tetap salah. Dia keluar pun ketika namanya sedang meningkat. Bagai kacang lupakan kulit.

“Ketika itu banyak tawaran kerja termasuk menjadi duta tetapi dia menolak.

“Disebabkan itu kami alami kerugian. Nilai tersebut akan kami kira semula untuk dihantar ke mahkamah,” jelasnya lagi.

David turut memaklumkan bahawa Hun sudah menjelaskan bayaran separuh daripada jumlah RM30,240.

Sebelum ini timbul khabar angin mengatakan Hun sudah angkat kaki dari MIG sejak Januari 2021 dan menguruskan diri tanpa bergantung pada mana-mana syarikat.

Sehingga kini, tiada pengesahan mengenai alasan jejaka berusia 26 tahun itu keluar dari MIG. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`. This does not appear to be a valid RSS or Atom feed.