fbpx

[VIDEO] Ibu bapa cemas anak tertinggal di R&R

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman kamera papan pemuka yang tular di media sosial

PETALING JAYA – Sepasang suami isteri cemas apabila anaknya tertinggal di sebuah hentian Rehat dan Rawat (R&R).

Menerusi sebuah video berdurasi 31 saat yang tular di Facebook, ibu kepada kanak-kanak itu dilihat menerima panggilan telefon daripada nombor tidak dikenali.

Dia kemudian terkejut apabila mendapati individu berkenaan adalah anaknya yang sepatutnya berada di dalam kenderaan tersebut.

Wanita itu kemudian dilihat memaklumkan kepada pemandu dipercayai suaminya bahawa anak mereka tertinggal di R&R.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna mengingatkan agar ibu bapa lebih peka mengenai keberadaan anak-anak apabila singgah di sesuatu tempat sebelum meneruskan perjalanan.

“Ini tanda mak ayah cuai. Tidak melihat anak-anak. Terlalu banyak fikir sehingga lalai akan tanggungjawab. Maaf katakan, banyak kes begini . Apa pun dilakukan utamakan anak-anak. Jangan hanya fikir diri sendiri. Kena ubah tu dan jadikan satu pengajaran,” tegur Sis Dhira.

“Dengar ayah kata penat, apa yang penat? Anak bukan ramai, itu pun boleh tertinggal,” kata Ahmad.

“Sebab lalai, dah banyak kes tertinggal anak,” kata Gadis.

Difahamkan, kanak-kanak tersebut selamat dan dibantu oleh pekerja hentian berkenaan.

Sehingga kini, video tersebut telah meraih 13,500 tontonan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI